Barisan pemain Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe masih memiliki ‘DNA’ bekas pengendali, Peter Cklamovski menjelang sepak mula ASEAN Hyundai Cup 2026.
Malaysia mempertaruhkan gabungan pemain senior dan muda untuk hadapi kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan misi mengulangi pencapaian hebat pada edisi 2010 ketika mana Tan Cheng Hoe bergelar selaku penolong jurulatih.
Kini, Cheng Hoe memikul tugas sebagai jurulatih interim Harimau Malaya bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Peter Cklamovski dengan tugasan sulung beliau adalah untuk mengemudi pasukan negara ke ASEAN Hyundai Cup 2026.
Dengan persiapan yang singkat selain berdepan isu pelepasan pemain, Tan Cheng Hoe kekal tenang dan masih menaruh kepercayaan kepada tonggak-tonggak yang pernah menyarung jersi negara ketika dibimbing oleh Peter Cklamovski dahulu.
5 daripada 25 pemain terakhir yang tersenarai merupakan tonggak utama yang sering kali diseru oleh Peter Cklamovski untuk tugasan kebangsaan iaitu Sergio Aguero, Paulo Josue, Endrick, Ubaidullah serta penjaga gol, Azri Ghani.
Manakala baki 20 lagi pemain pula tidak asing lagi dengan ada di antaranya yang pernah bersama Tan Cheng Hoe ketika beliau membawa Malaysia B-23 tahun lalu selaku Pengarah Teknikal ke Kelayakan Piala Asia B-23 serta Sukan SEA.
Menarik untuk saksikan ramuan yang bakal digunakan oleh Tan Cheng Hoe untuk membentuk gandingan ampuh antara pemain menjelang aksi pertama bertemu Myanmar pada Sabtu sebelum 3 lagi lawan akan menanti antaranya adalah Thailand.