Lazar Sajcic Milik KL City
Transfer
ND Gorica
Advertisements

KL City FC terus memantapkan barisan pemain menjelang musim 2024/25 dengan membawa masuk pemain sayap Croatia, Lazar Sajcic.

Perpindahan bekas pemain sayap ND Gorica itu diumumkan pengurusan The City Boys di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

“Anda menanti cukup lama, perkenalkan pemain baru The City Boys! Selamat datang ke ibu negara, pemain perancang Croatia, Lazar Sajcic!” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Mampu beraksi di posisi sayap kanan atau kiri, kehadiran Sajcic bakal menambah pilihan buat jurulatih, Miroslav Kuljanac di bahagian serangan.

Menariknya, meskipun beliau hanya tiba di Kuala Lumpur semalam, bekas pemain Partizan Belgrade itu tidak sabar menjalani sesi latihan bersama The City Boys.

Hari ini, Sajcic sudah turun menjalani sesi latihan dengan pasukan itu. Hal ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisements

“Import baru KL City, Lazar Sajcic selamat tiba di Kuala Lumpur awal Jumaat lalu dan sudah memulakan latihan hari pertama bersama The City Boys pada Sabtu,” katanya di X.

Sajcic menjadi pemain import terbaru KL City untuk musim 2024/25 selepas bek tengah Montenegro, Adrijan Rudovic.

Selain itu, The City Boys turut mengekalkan khidmat Giancarlo Gallifuoco dan Patrick Reichelt untuk musim ini.

Advertisements

Sekiranya Kuljanac merasakan Sajcic sudah bersedia, tidak mustahil kelibatnya akan dapat dilihat penyokong pasukan Lembah Klang itu pada 22 April ini.

Ini kerana pada hari itu, KL City bakal bersemuka dengan Negeri Sembilan FC bagi menentukan pemenang Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024.

Perlawanan ini juga merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim yang digunakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menguji keberkesanan sistem bantuan video pengadil (VAR).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram