Leandro Velazquez Beri Bayangan Mengenai Masa Depannya
Liga Super
AFC
Advertisements

Misteri kehilangan Leandro Velazquez daripada sesi latihan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata menimbulkan tanda tanya kepada segelintir penyokong bola sepak Malaysia terutamanya penyokong JDT sendiri.

Kali terakhir Leandro dikesan menyarung jersi JDT adalah pada 29 Julai yang lalu dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim. Leandro sempat beraksi sehingga ke minit ke-63 sebelum dikeluarkan.

Selepas perlawanan tersebut, timbul pelbagai cerita mengenai masa depannya di JDT sehinggakan pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa khidmat Leandro terus dikekalkan di JDT.

Advertisements

Baru-baru ini, Leandro telah memuatnaik video dan gambar Stadium Sultan Ibrahim di laman Instagram dengan meletakkan kapsyen “Siempre x ustedes” yang bermaksud “Selalu ada untuk kamu”. Terdapat juga gambar yang dipercayai merupakan bilik persalinan pemain JDT dan jersi nombor 10 yang dipakainya masih tergantung di situ.

Leandro seolah-oleh sedang memberi bayangan bahawa beliau akan terus kekal di JDT walaupun sehingga kini status beliau masih menjadi tanda tanya segelintir penyokong JDT. Hasil tinjauan di ruangan komen instagram, terdapat ucapan yang mendoakan Leandro supaya cepat sembuh.

Advertisements

Jika benar Leandro sedang mengalami kecederaan, sudah pasti ianya akan memberi tamparan hebat buat JDT yang sudah pasti mahu menggunakan khidmat pemain tengah kreatif dari Argentina ini bagi mengharungi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram