Leandro Velazquez Sah Tinggalkan JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez sah meninggalkan kelab dari selatan tanah air itu.

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan, JDT mengucapkan terima kasih dan salam perpisahan buat beberapa pemain tonggak serta staf kejurulatihan.

Pemain berusia 34 tahun itu antara pemain yang diumumkan juara Liga Super 2023 itu selain Ahmad Hazwan Bakri, S. Kunanlan, Adam Nor Azlin, Aidil Zafuan dan Diogo Luis Santo.

Advertisements

Tonggak kelahiran Argentina itu merupakan salah seorang tunjang pasukan dalam memenangi beberapa trofi bersama skuad Harimau Selatan di peringkat domestik dan benua.

Beliau juga merupakan wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika aksi final Piala AFC 2015 menentang Istiklol FC sekaligus membantu JDT menjulang kejuaraan tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram