Ads
Dunia
KL City Football

Perlawanan akhir Piala AFC yang dijadualkan akan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil sememangnya tidak dapat diterima oleh segelintir penyokong Kuala Lumpur City FC (KL City).

Advertisements

Satu petisyen telah diwujudkan bagi menyatakan solidariti para penyokong KL City yang mahukan perlawanan akhir itu diadakan di Stadium Bolasepak Cheras. Petisyen tersebut telah dicipta oleh seorang penyokong KL City, Syed Mohammad Hafiz.

Advertisements

Melalui tinjauan di laman web di mana petisyen itu dicipta, lebih 200 penyokong telah menandatangani petisyen tersebut.

Advertisements

Advertisements
petisyen kl city Lebih 200 Orang Penyokong KL City Bantah Final Piala AFC Di Bukit Jalil
Petisyen yang telah ditandatangani oleh 257 penyokong KL City.

“Kami sebagai penyokong disebaliknya ingin menyampaikan hasrat kami agar Pengurusan mempertimbangkan perlawanan akhir tersebut diadakan di Stadium Bola Sepak Cheras, memandangkan stadium tersebut merupakan stadium keramat KL City.

“Jatuh bangun kami adalah dari stadium tersebut, dan kami ingin lihat KL City berpeluang menjulang piala berprestij AFC Cup dalam stadium yang sama,” luah Syed Mohammad Hafiz.

Advertisements
Advertisements

Namun begitu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru-baru ini memberi pengesahan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue perlawanan akhir Piala AFC. Ini kerana beberapa isu teknikal seperti lux lampu limpah di Stadium Cheras yang tidak mencukupi untuk Video Bantuan Pengadil (VAR).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram