Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck difahamkan kini dalam perbincangan untuk menyertai sebuah kelab di Lembah Klang.
Bekas pemain Kedah Darul Aman itu menamatkan kontrak pada awal musim lalu untuk pulang ke England atas urusan peribadi.
Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di England iaitu Halifax Town yang juga merupakan bekas kelab lamanya.
Menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memaklumkan bahawa terdapat perbincangan antara pemain itu dengan sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang.
“Terdapat satu berita perpindahan besar menjelang pembukaan Liga Super dengan Lee Tuck difahamkan sedang berunding dengan sebuah kelab di Lembah Klang.“
Pemain berusia 36 tahun itu kali terakhir mewakili Harimau Malaya pada Jun 2023 sebelum pulang ke England.
Lee Tuck pernah beraksi bersama beberapa kelab di Liga Malaysia seperti Terengganu dan Negeri Sembilan dijangka bakal melengkapkan perpindahan itu dalam tempoh 24 jam.