Lee Tuck Muncul Juara Hyrox Di Barcelona
UltraSukan
Lee Tuck
Advertisements

Sejak pulang ke England beberapa bulan yang lalu, ramai peminat bola sepak ingin tahu perkembangan terbaru pemain naturalisasi negara, Lee Tuck.

Semalam, bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu mencipta sensasi dengan menjuarai Kejohanan Velites Hyrox Barcelona 2023 untuk kategori 35-39 tahun.

Secara ringkas, Hyrox ialah sebuah pertandingan kecergasan di mana peserta perlu berlari 1km dari satu stesen ke satu stesen lain.

Advertisements

Apabila tiba di stesen yang dinyatakan, peserta perlu melengkapkan cabaran tertentu bagi membolehkan mereka dapat menamatkan perlumbaan.

Bagi Tuck, beliau sendiri tidak menjangkakan rezeki memihak kepadanya untuk memenangi pertandingan tersebut.

Advertisements

“Saya datang ke Barcelona dengan sasaran yang saya tetapkan dalam minda selepas bekerja keras untuk (menyertai) perlumbaan ini tetapi saya tak sangka perkara ini (kemenangan) terjadi!

“Saya amat bersyukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua orang yang membantu saya sepanjang perjalanan ini,” katanya menerusi satu catatan di Instagram semalam.

Advertisements

Selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) beberapa bulan lepas, Tuck dikaitkan dengan perpindahan ke kelab tempat asalnya, Halifax Town.

Bagaimanapun, itu sekadar gosip perpindahan semata-mata dengan tiada tawaran dibuat kepada beliau.

Advertisements

Selain sibuk dengan pertandingan Hyrox, bekas pemain sayap Terengganu FC itu turut dilaporkan menceburi bidang hartanah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram