Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya bersuara berhubung satu isu yang tular di media sosial.
Isu tersebut ialah tindakan sesetengah pihak yang mempersoal beberapa syarat yang dikemukakan beliau untuk menyertai kontinjen Malaysia ke saingan Thomas Cup 2026.
Ini susulan diskusi yang diadakan antara Zii Jia dan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei baru-baru ini.
Isu tersebut kemudiannya tular di media sosial dan menjadi bualan hangat peminat badminton negara.
Susulan itu, Zii Jia meluahkan pandangannya dalam Bahasa Mandarin di Instagram Story selepas mengesahkan akan menyertai kontinjen Malaysia ke Thomas Cup.

“Cara cerita itu ditulis itu ialah hak anda. Walaupun saya tidak memberi maklum balas secara formal kepada semua itu, sekurang-kurangnya apa yang saya boleh lakukan ialah menepati diri sendiri – percaya kepada diri,” katanya.
Bekas juara All England itu mengikut jejak beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.
Bekas beregu nombor satu dunia itu turut mengesahkan penyertaan dalam kontinjen kali ini. Penyertaan mereka disahkan Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky.