Lee Zii Jia Bakal Perkuat Malaysia Di Thomas Cup?
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bakal memperkuat cabaran Malaysia dalam saingan Thomas Cup 2024.

Perkara ini dinyatakan pemain perseorangan ke-11 dunia itu kepada CGTN Sports Scene selepas aksi pusingan kedua Badminton Asia Championship 2024.

Zii Jia memaklumkan beliau tidak pernah terlepas menyertai kejohanan badminton berpasukan membabitkan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pada masa sama, juara Arctic Open 2023 itu percaya pasukan pengurusannya sentiasa menjaga kepentingan dirinya dan menyokong setiap aspek keputusan yang dibuat.

“Saya harap saya akan dapat sertai (Thomas Cup), pasukan saya masih lagi mengadakan perbincangan (dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)) dan saya akan serahkan (keputusan) kepada mereka.

“Selepas Thomas Cup, saya akan sertai kejohanan-kejohanan di Thailand, Malaysia, Singapore, India dan Australia. Terdapat banyak kejohanan (akan disertai). 

Advertisements

“Pasukan saya sedang lakukan yang terbaik untuk mendapatkan penyelesaian (bersama BAM) dan saya harap solusinya yang terbaik untuk semua pihak,” katanya.

Zii Jia mengesahkan kemaraan ke suku akhir Badminton Asia Championship 2024 selepas menyingkirkan pemain perseorangan Taiwan, Chou Tien-chen dalam pusingan kedua hari ini.

Sebelum ini, status anak jati Alor Setar, Kedah itu dalam kontinjen Thomas Cup masih belum lagi disahkan.

Advertisements

Ini selepas pengurusan Zii Jia memaklumkan kepada BAM bahawa penyertaan beliau dalam kejohanan itu bakal memberi tekanan tambahan ke atas dirinya dari segi fizikal.

Teka-teki sama ada bekas juara All England Open Championship edisi 2022 itu bersama kontinjen negara atau tidak bakal diketahui esok.

Ini kerana BAM bakal mengumumkan senarai pemain yang beraksi dalam Thomas Cup 2024 dengan tarikh akhir pendaftaran pasukan pada Sabtu ini.

Advertisements

Zii Jia pernah mewakili Malaysia dalam saingan Thomas Cup edisi 2018, 2020 dan 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram