Lee Zii Jia Ketuai Buruan RM2.1 Juta Malaysia Di Kejohanan Asia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal mengetuai pasukan Malaysia di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 yang bakal bermula esok.

Seramai 26 pemain Malaysia yang terdiri daripada seorang pemain perseorangan lelaki, seorang wakil perseorangan wanita, empat beregu lelaki, empat beregu wanita dan empat beregu campuran bakal menyertai kejohanan yang berlangsung di China tahun ini.

Lee Zii Jia menjadi wakil tunggal negara bagi perseorangan lelaki selepas seorang lagi wakil negara, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri bagi memberi fokus kepada sesi pemulihan kecederaannya.

Advertisements

Zii Jia yang merupakan pilihan kelapan kejohanan bakal berdepan pemain India, Priyanshu Rajawat pada pusingan pertama pada Rabu.

Bagi sektor beregu lelaki, empat wakil negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan membawa cabaran bagi memburu sekurang-kurangnya kedudukan podium pada edisi kali ini.

Perseorangan wanita pula digalas oleh Goh Jin Wei dengan bekas juara dunia, Pusarla V. Sindhu bakal menjadi halangan pertama buat pemain berusia 24 tahun itu di pusingan pertama.

Advertisements

Beregu wanita pula menyaksikan dua beregu utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sin akan layak ke pusingan pertama manakala Go Pei Kee-Low Yee Yuan dan Felicia Xin Hui Fong-Flora Xin Jie Fong perlu bermain di pusingan kelayakan sebelum layak ke undian utama.

Empat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Yap Roy King-Valeree Siow bakal berhadapan laluan sukar dengan empat beregu handalan dunia bakal menjadi lawan mereka di pusingan awal.

Kejohanan Badminton Asia 2024 yang dijadualkan berlangsung di Ningbo, China bakal menawarkan hadiah terkumpul berjumlah USD 450,000 atau RM2.1 juta dengan pusingan kelayakan bakal dijalankan pada Selasa.

Advertisements

Klik sini: Undian utama pemain di Kejohanan Badminton Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram