Lee Zii Jia Lakukan Pengorbanan Besar Demi Karier
UltraSukan
Jere.kokko
Advertisements

Pengorbanan yang dilakukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia diharap dapat mengembalikan prestasi peribadi ke tahap yang terbaik.

Menerusi satu hantaran di instagram rasmi Team Lee ZIi Jia (Team LZJ), menyaksikan beliau mengambil inisiatif berbeza dengan ‘terbang’ ke Korea Selatan minggu lalu bagi menjalani latihan di sana.

Di dalam video berkenaan, Zii Jia dilihat berlatih bersama-sama pemain-pemain kebangsaan Korea Selatan yang lain seperti Seo Seung-jae di pangkalan latihan di Jincheon, Seoul.

Advertisements

Sesi latihan itu turut dipantau oleh jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng yang pernah menjawat jawatan sebagai jurulatih perseorangan wanita Korea Selatan dan juga Lee Shun Yang yang kini menjadi rakan sepelatih Zii Jia.

Pengorbanan besar pemain berusia 26 tahun ini diharap dapat membantu skuad lelaki negara mempertahankan kejuaraan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024 yang dimenangi dua tahun lalu.

Advertisements

Untuk BATC 2024, skuad lelaki negara diundi di dalam kumpulan B bersama Chinese Taipei, Brunei dan Kazakhstan manakala skuad wanita berada di kumpulan Y bersama UAE dan Thailand.

BATC 2024 bakal membuka tirai pada 13 Februari 2024 sehingga 18 Februari bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram