Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada dua kejohanan awal tahun 2025.
Sebelum ini, Zii Jia terpaksa melupakan saingan Malaysia Open 2025 kerana masih belum pulih daripada kecederaan ligamen buku lali.
Situasi ini menyebabkan Leong Jun Hao menjadi wakil tunggal negara dalam Malaysia Open 2025 untuk acara perseorangan lelaki.
Terbaru, Badminton Talk mendedahkan status penyertaan Zii Jia untuk saingan India Open 2025 dan Indonesia Masters 2025.
Status terbaru mereka menunjukkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu menarik diri daripada kedua-dua kejohanan.
Meskipun ini bukan satu keputusan mudah, ini memastikan Zii Jia benar-benar pulih daripada kecederaan sebelum kembali beraksi di gelanggang.
Juara Thailand Open 2024 itu dijangka kembali beraksi dalam saingan All England Open 2025. Menariknya, Zii Jia berpeluang untuk kembali bersaing dengsn rakan baiknya, Anders Antonsen.
Persaingan mereka dijangka hangat terutama selepas Zii Jia beberapa kali mengecewakannya dalam beberapa kejohanan tahun 2024.