Advertising
Lee Zii Jia ‘Tekan’ Posisi Viktor Axelsen
UltraSukan
Olympic Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semakin menghampiri kedudukan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024, Viktor Axelsen.

Kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menunjukkan pemain berusia 26 tahun itu kini menduduki ranking ketiga dengan 83,716 mata.

Ad

Sementara bekas pemain nombor satu dunia itu kekal berada di ranking kedua dunia dengan 88,910 mata.

Ad

Ini kali pertama Zii Jia menghuni kelompok tiga pemain terbaik dunia sejak 20 Oktober 2022. Perubahan ranking terbaru ini menyaksikan beliau bukan saja memintas jaguh Indonesia, Jonatan Christie.

Malah, pemenang pingat gangsa Olimpik 2024 itu turut meninggalkan dua lagi jaguh dunia di belakang iaitu Kunlavut Vitidsarn dan seorang lagi jaguh Denmark, Anders Antonsen.

Ad

Kunlavut yang juga pemenang pingat perak Olimpik 2024 dari Thailand kini menduduki ranking kelapan dunia. Manakala Antonsen pula kini menduduki ranking kelima dunia.

Ad

Shi Yuqi kekal menerajui carta ranking BWF untuk acara perseorangan lelaki. Beliau mengumpul 101,815 mata – satu kedudukan yang sukar dicabar pemain-pemain lain termasuk Zii Jia.

Ad

Zii Jia berpeluang merapatkan jurang dengan Axelsen memandangkan masih ada beberapa kejohanan jelajah BWF yang berlangsung sehingga penghujung tahun ini.

Ini termasuk China Open 2024 yang bakal berlangsung dari 17 hingga 22 September ini. Zii Jia dijangka mengambil bahagian selepas mengambil keputusan tidak menyertai Hong Kong Open 2024 dan Korea Open 2024.

Ini bagi membantu proses pemulihannya selepas menyertai 13 kejohanan dalam tahun 2024 termasuk Sukan Olimpik 2024.