Ads
Lee Zii Jia Terima ‘Habuan’ Ratusan Ribu
UltraSukan
BWF

Prestasi cemerlang jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membawa kepada habuan bernilai ratusan ribu.

Advertisements

Lee Zii Jia beraksi cukup baik sehingga berjaya membawa pulang pingat gangsa buat kontinjen negara di temasya Olimpik Paris setelah menewaskan Lakhsya Sen dari India.

Advertisements

Kejayaan besar ini membawa kepada ganjaran sebanyak RM100,000 buat Zii Jia dari Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) seperti yang dijanjikan buat pemenang pingat gangsa sebelum ini.

Advertisements
Advertisements

Selain Zii Jia, pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut menerima insentif yang sama di atas kejayaan membawa pulang pingat gangsa buat kali kedua di temasya Olimpik.

“Sebelum ini diumumkan untuk pemenang gangsa akan diberikan RM100,000. Tetapi, untuk mereka (Aaron-Wooi Yik), ini kali kedua mereka membawa pulang pingat,” kata Hannah Yeoh pada Khamis.

Advertisements

Hannah yang berada di Majlis Penyerahan Kereta Chery turut mengumumkan pencen RM2,000 seumur hidup juga akan diterima 3 pemain negara ini bermula bulan hadapan.

Pada masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa Lee Zii Jia akan menerima geran tambahan bernilai RM100,000 dari pihak Majlis Sukan Negara (MSN)

“MSN telah memberikan RM50,000 kepada Lee Zii Jia sebelum Olimpik Paris dan kini kami tambah RM100,000 lagi untuk beliau membuat persiapan (ke kejohanan akan datang).”

Advertisements

“Jadi, jumlah keseluruhan geran RM150,000 daripada MSN untuk Lee Zii Jia,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram