Lee Zii Jia: Terima Kasih Victor
UltraSukan

Kerjasama jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan pembuat barangan sukan badminton, Victor diteruskan sehingga 2028.

Perkara ini dikongsikan sendiri Zii Jia menerusi satu hantaran video yang disiarkan di X baru-baru ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Victor dan kerana memperbaharui kontrak saya. Saya dengan rasa gembiranya ingin mengumumkan kerjasama ini diteruskan sehingga (Sukan Olimpik) 2028 di Los Angeles,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui tersentuh dengan kesudian Victor untuk meneruskan kerjasama yang terjalin. Zii Jia berharap ini akan menjadi pemangkin buat dirinya untuk terus maju selepas ini.

“Jadi, (berita) ini memberi saya banyak tenaga untuk maju ke hadapan. Dan harapnya, (saya dapat raih) lebih banyak pencapaian,” tambahnya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu kini fokus memburu slot separuh akhir BWF World Tour Finals 2024.

Zii Jia meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan A dengan mengatasi cabaran pemain Chinese Taipei, Chou Tien-Chen. Juara Australian Open 2024 itu meraih kemenangan dengan keputusan 21-13, 21-15.

Zii Jia berpeluang menempah tiket separuh akhir lebih awal. Hal ini boleh dilakukan dengan syarat beliau menewaskan rakan baik merangkap pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen.