Legenda Argentina Jadikan Pertembungan Dengan Indonesia Sebagai Kenyataan
Asia Tenggara
@javierzanetti
Advertisements

Perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina di Gelora Bung Karno pada 19 Jun ini pastinya dinantikan ramai penyokong Tim Garuda. Tetapi semua ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama pertahanan legenda Argentina yang terkenal, Javier Zanetti.

Zanetti amat dikenali oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir. Ini kerana sebelum bergelar pemilik kelab Oxford United, Erick pernah menjadi pemilik Inter Milan dari 2013 hingga 2018.

Justeru, sepanjang tempoh tersebut, beliau menjalin hubungan rapat dengan semua figura terkemuka Nerazzurri termasuk Zanetti. Jadi, apabila PSSI mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan Argentina, antara orang pertama yang dihubungi Erick ialah bekas kapten kelab lamanya itu

Advertisements

“Berkenaan proses ini, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah menghantar satu jemputan secara terus kepada Argentina. Kami berterima kasih dengan Cristina (Russo), beliau merupakan rakan lama saya semasa di Itali.

“Saya juga turut meminta bantuan Javier Zanetti, bekas pemain Inter Milan,” katanya kepada akhbar Kompas seperti yang dipetik Zing News.

Erick turut menyifatkan perlawanan ini sebagai tanda keseriusan PSSI membangunkan bola sepak di Indonesia. “Ramai merasa ragu-ragu bahawa PSSI tidak boleh melakukannya. PSSI amat serius dalam memajukan bola sepak Indonesia.

Advertisements

“Kami menunjukkan keazaman kami melalui kalendar antarabangsa FIFA dengan kehadiran pasukan juara dunia Argentina di Indonesia,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram