Legenda Man United Tiba Di Malaysia Berbaju Pahang Rangers
UltraSukan
Twt Bola Pahang
Advertisements

Ramai peminat futsal negara teruja apabila melihat baju yang dipakai legenda Man United, Wes Brown semasa berada di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi satu gambar yang dikongsikan Twt Bola Pahang di platform X, bekas pemain pertahanan England itu dilihat memakai jersi juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Pahang Rangers.

“Selamat datang ke Pahang Rangers, Wes Brown!” kata pentadbir akaun tersebut. Selain Brown, legenda Perancis, Patrice Evra turut menerima jersi sama.

Advertisements

Jersi tersebut merupakan hadiah yang dikurniakan presiden Pahang Rangers, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Fahad Mua’adzam Shah kepada kedua-dua legenda tersebut baru-baru ini.

Berita ini turut dikongsikan seorang lagi pengguna X, Eyja menerusi satu hantaran yang dimuatnaik semalam.

Brown dan Evra berada di Malaysia baru-baru ini bagi menyaksikan kerjasama antara syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines dan United di Kuala Lumpur.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram