Ads
Eropah
Liverpool FC

Liverpool seakan tidak percaya apabila tewas dalam aksi terakhir Kumpulan E Liga Europa di tangan kelab Belgium, Union Saint-Gilloise awal pagi ini.

Advertisements

Dengan The Reds sudah layak sebagai juara kumpulan, Jurgen Klopp menggunakan peluang ini untuk menurunkan pemain-pemain simpanan dan muda dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Sementara USG pula melihat hari ini sebagai peluang terakhir melakar kemenangan ke atas kelab gergasi EPL itu di tempat sendiri.

Advertisements

Advertisements

Sebaik wisel perlawanan bermula, tuan rumah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kubu Liverpool diketuai Jarell Quansah.

Kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila Mohamed El Amine Amoura menjaringkan gol pertama pada minit ke-32.

Advertisements

Quansah menyamakan kedudukan untuk The Reds menerusi gol senior pertamanya pada minit ke-39. Ini satu pencapaian bagus buat pemain pertahanan berusia 20 tahun itu.

Bagaimanapun, USG memastikan mereka kekal mendahului 2-1 sehingga rehat separuh masa menerusi Cameron Puertas pada minit ke-43.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah terus memberi tekanan kepada kubu pertahanan pelawat bagi mendapatkan gol tambahan.

Ini memaksa Klopp memasukkan Ryan Gravenberch dan Joe Gomez bagi melindungi barisan pertahanan Liverpool. Tindakannya itu memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun tewas, kedudukan The Reds sebagai juara kumpulan masih utuh. Ini kerana naib juara Kumpulan E, Toulouse hanya mengumpul 11 mata selepas menewaskan LASK hari ini.

Advertisements

Sofascore memilih Amoura sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.3 mata. Sementara Quansah dipilih sebagai pemain terbaik pelawat dengan markah 8.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram