Liga Europa: Brighton Aibkan Ajax Amsterdam
Eropah
Ajax AFC
Advertisements

Kemarau kemenangan kelab gergasi Belanda, Ajax Amsterdam berterusan apabila mereka tewas kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi ketiga Kumpulan B Liga Europa hari ini.

Ajax sudah lama tidak merasai kemenangan sejak pusingan pertama playoff Liga Europa menentang kelab Bulgaria, Ludogorets pada 24 Ogos lalu.

Selain itu, mereka kini terperosok di tangga kedua tercorot Eredivisie. Susulan itu, Maurice Steijn dipecat dengan Hedwiges Maduro dilantik sebagai pengendali sementara.

Advertisements

Manakala Brighton pula kini menduduki tangga ketujuh EPL selepas permulaan sensasi dalam liga termasuk kemenangan besar ke atas Manchester United.

Babak pertama menyaksikan dominasi The Seagulls di Stadium Amex dan ini disahkan oleh Sofascore.

Daripada sembilan percubaan mereka, empat daripadanya merupakan percubaan tepat ke arah gol.

Advertisements

Disiplin pertahanan Ajax yang tinggi memaksa Brighton menanti sehingga minit ke-42 untuk membuka jaringan menerusi bekas penyerang Watford, Joao Pedro.

Pedro mudah menolak bola muntah yang ditepis penjaga gol Diant Ramaj ke dalam gawang selepas sebelumnya menafikan percubaan Kaoru Mitoma.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah terus meningkatkan tekanan ke atas bekas juara Eredivisie musim 2021-2022 itu.

Advertisements

Pemain pinjaman Barcelona, Ansu Fati menceriakan penyokong Stadium Amex pada minit ke-53 selepas menyudahkan hantaran Simon Adingra.

Ajax berusaha memberi tekanan kepada tuan rumah untuk mendapatkan gol saguhati. Bagaimanapun, keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini melonjakkan Brighton ke tangga kedua Kumpulan B di belakang kelab gergasi Perancis, Olympique Marseille. Sementara Ajax pula terperosok ke tangga tercorot kumpulan.

Advertisements

Sofascore turut memilih bekas pemain Liverpool, James Milner sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 7.5.

Brighton selepas ini akan melayan kunjungan Fulham pada Sabtu ini. Sementara Ajax pula berdepan tugas sukar kerana perlu menentang PSV Eindhoven pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram