Liga Europa: Brighton Gah Tewaskan Ajax Kali Kedua Dalam Tempoh Dua Minggu
Eropah
UEL / Brighton
Advertisements

Wakil England di Liga Europa, Brighton & Hove Albion FC meneruskan misi mereka menggegarkan eropah selepas menewaskan pasukan gergasi Belanda, Ajax Amsterdam dalam dalam aksi yang berlangsung awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan pergerakan yang positif demi mencari gol pendahuluan.

Brighton tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan apabila Ansu Fati meledak pada minit ke-14 perlawanan. Gol tersebut umpama hadiah buat Brighton selepas pemain Ajax, Silvano Vos melakukan hantaran yang buruk lalu dipintas pemain Brighton sebelum disudahkan Ansu Fati.

Advertisements

Biarpun Ajax cuba bangkit dengan beberapa gerak serangan namun ianya tidak membahayakan gawang Brighton yang dikawal oleh penjaga gol muda dari Belanda, Bart Verbruggen.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehinnga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Bersambung babak kedua, Brighton hanya memerlukan 8 minit untuk menggandakan kedudukan selepas Simon Adingra mencipta nama selaku penjaring. Pergerakan secara berpasukan telah menjelmakan gol tersebut dengan Ansu Fati turut memainkan peranan penting dalam bantuan gol.

Advertisements

Tersentak dengan gol tersebut, Ajax menggandakan asakan. Mereka hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-76 namun percubaan Brian Brobbey melantun terkena kedua-dua tiang gol. Bola bergerak dia atas garisan gol namun masih belum melepasi garisan tersebut.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat permainan. Dengan kemenangan ini, Brighton mengukuhkan kedudukan di tangga kedua kumpulan B dengan mengumpul 7 mata. Manakala Ajax kekal di tangga tercorot dengan 2 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram