UEL: Liverpool Belasah Sparta Prague
MakanBola
Liverpool FC

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool meraih kelebihan selesa dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa apabila membelasah kelab Republik Czech, Sparta Prague 5-1 awal pagi tadi.

Meskipun beraksi di tempat lawan, The Reds yang dibimbing Jurgen Klopp dilabel pasukan pilihan.

Ad
Advertisement

Ini ditambah dengan kemunculan beberapa tonggak utama Liverpool termasuk Mohamed Salah yang sudah pulih daripada kecederaan.

Ad

Babak pertama menyaksikan Liverpool mempamerkan aksi dominan ke atas pasukan yang diberi jolokan Iron Sparta itu.

Advertisement

The Reds mendahului seawal minit keenam menerusi Alexis MacAllister selepas dianugerahkan sepakan penalti. MacAllister tenang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Peter Vindahl Jensen.

Ketajaman penyerang Uruguay, Darwin Nunez terus menjadi bualan apabila beliau meledakkan dua gol untuk pelawat.

Ad
Advertisement

Dua gol yang dijaringkannya pada minit ke-25 dan 45 memastikan Liverpool mendahului 3-0 sebelum rehat separuh masa.

Ad

Bersambung selepas rehat, bek kanan muda Ireland Utara, Conor Bradley bernasib malang apabila tertolak bola pemain Sparta ke gawang sendiri pada minit ke-46.

Advertisement

Tersentak, Klopp pantas memasukkan Dominik Szoboszlai dan Virgil van Dijk untuk kembali memantapkan barisan pemain The Reds.

Pertukaran tersebut membuahkan hasil apabila Luis Diaz menjadikan kedudukan 4-1 selepas menyudahkan hantaran Harvey Elliott pada minit ke-53.

Advertisement

Salah yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 menyangka telah menjaringkan gol pada minit ke-86. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan selepas pembantu pengadil video (VAR) mengesan penyerang Mesir itu pada kedudukan ofsaid.

Szoboszlai melengkapkan malam cemerlang pelawat dengan menyumbat gol kelima pada minit ke-95. Keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisement

Sofascore memilih MacAllister sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 8.6 mata, 0.4 mata di hadapan Nunez.

Liverpool berpotensi mara ke suku akhir pada minggu hadapan dengan syarat hanya perlu seri atau menang dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa pada minggu hadapan.

Advertisement