Liga Perancis Dijangka Tukar Nama Ke Ligue 1 McDonald’s
Eropah
Ligue 1 Uber Eats
Advertisements

Liga utama Perancis, Ligue 1 dijangka akan menukar nama ke Ligue 1 McDonald’s setelah bakal menerima penaja baharu.

Ketika ini liga tersebut dikenali sebagai Ligue 1 Uber Eats sejak awal musim 2020/21 setelah Uber Eats bersetuju menaja liga tersebut sebanyak RM80 juta setahun.

Namun pihak Uber Eats dijangka tidak akan meneruskan kerjasama mereka pada musim hadapan dan McDonald telah menawarkan diri untuk menjadi penaja seterusnya.

Advertisements

Walaupun masih belum ada tawaran rasmi yang dikemukakan, terdapat beberapa pihak yang menjangkakan wang penajaan dari McDonald adalah lebih tinggi berbanding Uber Eats iaitu sekitar RM100 juta setahun.

Jika McDonald menaja liga Perancis itu bagi musim 2024/25, liga tersebut berpotensi dikenali sebagai Ligue 1 McDonald’s bagi memaparkan pihak McDonald selaku penaja utama liga Perancis.

Wartawan sukan Eropah, Daniel Riolo memaklumkan penamatan kerjasama antara Ligue 1 dan Uber Eats adalah disebabkan keengganan Uber Eats terus menaja dengan nilai bayaran yang sama.

Advertisements

Isu penajaan bagi liga utama Perancis ini menjadi perkara penting bagi pihak penganjur liga memandangkan bintang terkenal PSG, Kylian Mbappe dijangka meninggalkan Ligue 1 kelak.

Jika Mbappe pergi, Ligue 1 bakal mengalami penurunan peratusan penonton dan mungkin kehilangan beberapa penaja penting.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram