Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Bertambah Meriah Dengan Pertambahan Empat Pasukan Baharu
Dunia
Advertisements

Musim Baharu, Berwajah Baharu. Itu yang dapat diperkatakan berkenaan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) untuk musim 2020. Kejohanan yang bakal bermula pada Mac ini dijangka akan bertambah sengit dengan pertambahan empat pasukan baharu.

Menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), empat pasukan berkenaan adalah Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan dan KPM-PST Mustangs sekali gus menyaksikan 12 pasukan sah bertanding.

12 pasukan bakal berentap dalam saingan MPFL 2020

Lapan pasukan lain yang masih kekal adalah seperti Pahang Rangers FC, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur City FC, selain juara bertahan Selangor.

Advertisements

Kejohanan MPFL akan bermula dari 14 Mac hingga 30 September ini dengan menggunakan format timbal balik.

Lapan pasukan terbaik selepas berakhirnya saingan liga akan berentap dalam saingan kalah mati Piala Futsal Malaysia dari 31 Oktober hingga 12 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram