Ads
Liga Super: Aksi JDT vs Kedah Darul Aman Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 8
Liga Super
Johor Southern Tigers

Minggu hari perlawanan kelapan menyaksikan aksi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kehadiran tertinggi.

Advertisements

Aksi ini dilihat peluang buat Sang Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain untuk menebus kekecewaan selepas disingkirkan lawan sama di peringkat separuh akhir Piala FA 2024.

Advertisements

15,216 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi pendorong kepada skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 6-0 ke atas Kedah. Bergson turut mencuri tumpuan dengan mencipta hatrik dalam aksi sama.

Advertisements
Advertisements

Angka ini merupakan angka kehadiran ketiga tertinggi direkodkan JDT dalam Liga Super selepas aksi JDT-Terengganu FC (21,365 orang) dan JDT-Sri Pahang FC (17,157 orang).

Selangor FC merekodkan kehadiran kedua tertinggi iaitu 7,465 orang di Stadium MBPJ dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Ogos lalu.

Advertisements

Meskipun aksi ini merekodkan kehadiran terendah buat Merah Kuning dalam liga musim 2024/25, aksi ini cukup istimewa. Ini kerana pada hari itu, pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim kembali membuat penampilan di atas padang sebagai pemain gantian.

Seterusnya, aksi Kuching City FC dan Penang FC pada 11 Ogos lalu merekodkan kehadiran ketiga tertinggi iaitu 2,406 orang. Angka ini merupakan kehadiran kedua tertinggi direkodkan The Cats selepas aksi pasukan itu dengan Terengganu pada 22 Jun lalu.

Penyokong yang hadir gembira apabila Kuching City kekal tanpa kalah selepas lima perlawanan dengan mengikat pelawat 2-2.

Dua lagi aksi Liga Super menyaksikan kehadiran melebihi 1,000 orang. Dua aksi tersebut ialah aksi Sri Pahang-Sabah FC dan KL City FC-Terengganu.

Kedua-dua aksi ini masing-masing merekodkan kehadiran 1,656 orang dan 1,376 orang. Kedua-dua aksi ini turut menyaksikan Sri Pahang dan KL City tewas kepada lawan masing-masing.

Aksi Negeri Sembilan FC dan PDRM FC merekodkan kehadiran terendah dalam liga musim ini iaitu 547 orang. Angka ini mengatasi rekod 647 orang yang dicatatkan dalam aksi PDRM-Penang pada 25 Mei lalu.

Advertisements

Aksi liga seterusnya bakal berlangsung pada 13, 16 dan 17 Ogos ini sebelum memberi laluan kepada aksi final Piala FA 2024 pada 24 Ogos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram