Ads
Liga Super: Aksi Sengit Paksa PDRM & Penang Berkongsi Mata
Liga Super
PDRM FC

PDRM dan Penang meraih keputusan seri di Stadium Selayang untuk perlawanan minggu ketiga Liga Super 2024/2025.

Advertisements

Skuad kendalian P. Maniam turun dengan semangat baru setelah meraih kemenangan dramatik ke atas Perak tempoh hari dan mengekalkan beberapa pemain utama seperti Fadi Awad, Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki.

Advertisements

Penang yang masih mencari kemenangan pertama liga mempertaruhkan pemain seperti Rafael Vitor, Syamer Kutty Abba, Rahmat Makasuf serta Adib Abdul Ra’op dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements
Advertisements

PDRM bermula baik apabila berjaya mengatur beberapa siri serangan ke atas pasukan Penang.

Ifedayo Olusegun berjaya mencetak nama selaku penjaring gol pertama perlawanan pada minit ke-32 apabila menanduk masuk bola dalam kawasan kotak penalti.

Advertisements

Penang cuba untuk bangkit mencari gol penyamaan namun gagal membolosi gawang gol PDRM yang dikawal hebat Bryan See.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan PDRM mendahului Penang 1-0.

Penang bangkit pada separuh masa kedua apabila meraih gol penyamaan menerusi Rodrigo Dias pada minit ke-52 perlawanan.

Serangan demi serangan hadir menerusi kedua-dua pasukan namun tiada gol yang dapat dijelmakan.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan keputusan seri PDRM dan Penang dengan jaringan 1-1. PDRM seterusnya akan menentang Malaysia University dalam saingan Piala FA manakala Penang akan menentang Sri Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram