Liga Super: JDT Juara Liga Super 2023, Tewaskan PDRM
Liga Super
JST
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya disahkan sebagai juara Liga Super 2023 selepas berjaya menewaskan PDRM FC 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan bola lebih terarah kepada JDT. Manakala barisan pemain PDRM kental bertahan dengan kesemua pemain mereka berada di kawasan sendiri.

Untuk 30 minit pertama perlawanan, JDT nyata berdepan kesukaran untuk menembusi barisan pertahanan PDRM yang sangat padat.

Advertisements

Namun kekebalan PDRM tidak bertahan lama apabila Bergson da Silva berjaya meledak pada minit ke-37 selepas mendapat umpanan menarik dari Afiq Fazail.

Kedudukan 1-0 itu hanya bertahan 3 minit selepas JDT berjaya melebarkan jurang pada minit ke-40 hasil rembatan voli menarik daripada Juan Muniz. Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, JDT meneruskan penguasaan bola. Selepas serangan demi serangan dilancarkan, pada minit ke-54 JDT berjaya berada 3-0 dihadapan selepas Arif Aiman menjaringkan gol melalui sepakan penalti. Penalti dihadiahkan selepas Arif Aiman dikasari Izaaq Izhan.

Pesta gol JDT tidak terhenti di situ apabila pemain gantian, Fernando Forestieri berjaya meledak pada minit ke-57 selepas mendapat hantaran lolos menarik dari Heberty sekali gus mengubah kedudukan menjadi 4-0 memihak JDT.

Advertisements

Selepas jaringan Forestieri, JDT dilihat mengendurkan asakan dengan mula membawa masuk beberapa pemain tempatan seperti Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad. Kedudukan 4-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan 4-0 itu, maka JDT kini ditabalkan sebagai juara Liga Super 2023. Lebih menarik lagi, ini adalah kejuaraan liga ke-10 berturut-turut sejak tahun 2014.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram