Liga Super: Fandi Tetap Terkilan Walaupun Sri Pahang Belum Tewas Musim Ini
Liga Super
Official Sri Pahang
Advertisements

Sri Pahang mengharungi musim 2023 yang boleh dikatakan cukup baik setakat ini apabila belum tewas dalam lima perlawanan Liga Super dan enam perlawanan secara keseluruhan termasuk Piala FA.

Skuad kendalian Fandi Ahmad menang tiga dan seri tiga, dan itu adalah permulaan terbaik buat skuad tok gajah sejak tahun 2019.

Terbaru, mereka menewaskan Perak dengan keputusan 3-0 pada Rabu lalu, dan mengukuhkan cengkaman di tangga kelima Liga Super.

Advertisements

Sejurus tamat aksi tersebut, Fandi memberi kredit kepada barisan pemainnya atas usaha ditunjukkan untuk memastikan tiga mata dapat dibawa pulang, namun ada sesuatu yang membuatkannya terkilan.

“Saya tidak gembira dengan separuh masa kedua kerana mereka (pemain) turunkan tempo. Saya tidak tahu, tapi terkilan kerana seringkali terjadi kita bermain bagus di babak pertama, tetapi tidak di separuh masa kedua, dan begitu juga sebaliknya.

“Kita belum dapat konsistensi untuk kekalkan tempo selama 90 minit, dan ini berbahaya kerana kita membuka peluang kepada lawan untuk melancarkan serangan,” ujarnya.

Advertisements

Tambahnya lagi, “Kita juga masih dibelenggu masalah kecederaan dan kecergasan, banyak melakukan penggiliran pemain. Harap mereka akan segera kembali, dan mungkin dalam satu dua perlawanan lagi kita boleh mengatasi masalah kita.”

Kata-kata Fandi ada benarnya, ketika menentang Kelantan pada 2 Mac lalu misalnya, Sri Pahang cemerlang meledak 4 gol di separuh masa pertama namun perlahankan tempo sehingga gagal untuk menambah jaringan di separuh masa kedua, selain membenarkan lawan untuk mendapatkan satu gol.

Manakala ketika menentang Perak dalam pusingan pertama Piala FA pada 8 Mac lalu, mereka sedikit lemau di separuh masa pertama dan hanya agresif di babak kedua sehingga berjaya mendapatkan dua gol lewat permainan.

Advertisements

Menentang lawan sama dalam aksi Liga Super di Stadium Ipoh pula menyaksikan hanya satu gol dapat dijaringkan menerusi Zuhair Aizat pada minit ke-74 walaupun Perak bermain keseluruhan 45 minit kedua dengan 10 pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram