Liga Super: Gol Brendan Gan Selamatkan Maruah Selangor Dikejutkan Sri Pahang
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Hasrat Selangor FC untuk meneruskan rentak cemerlang bagi permulaan musim 2023 terhalang apabila diikat Sri Pahang.

Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ petang ini menyaksikan pasukan tuan rumah terus melakukan asakan seawal minit pertama permainan.

Anak buah Tan Cheng Hoe jelas menguasai sebahagian besar perlawanan sambil Sri Pahang menanti peluang untuk melakukan serangan balas pantas.

Advertisements

Kebanyakan serangan yang dilakukan oleh Selangor berjaya dipatahkan oleh anak didik Fandi Ahmad sambil peluang terbaik hadir menerusi percubaan penyerang import, Aaron Del Valle namun diputuskan sebagai ofsaid.

Sri Pahang juga meletakkan tuan rumah dalam kedudukan cemas apabila tandukan Kpah Sherman hampir membuahkan hasil sebelum dinafikan oleh Khairul Azhan Khalid.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol pembukaan perlawanan.

Advertisements

Peluang terbaik hadir menerusi rembatan Sharul Nazeem namun kecemerlangan Zarif Irfan menafikan peluang tersebut.

Gol Sri Pahang hadir menerusi sepakan penalti yang tenang disempurnakan oleh Stefano Brundo walaupun berjaya ditempis pada awalnya.

Brendan Gan tampil menjadi penyelamat apabila tandukannya berjaya menerjah jaring pada minit ke-88.

Advertisements

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh satu mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram