Liga Super: Gol Saat Akhir Penang Buat Terengganu Kecewa
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Penang berjaya mengecewakan Terengganu pada saat akhir apabila menidakkan kemenangan Terengganu untuk meraih keputusan seri 1-1.

Rahadiazli turun selaku penjaga gol utama manakala pertahanan kental, Shahrul Nizam memegang lilitan kapten dalan perlawanan ini.

Penang pula menurunkan 10 pemain tempatan dalam perlawanan ini dan hanya Rafael Victor merupakan pemain import buat Penang.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama dihiasi dengan beberapa aturan berbahaya kedua-dua pasukan terutamanya Penang namun tiada gol yang dapat dijelmakan.

Terengganu perlu menunggu babak kedua untuk menembusi gawang gol Penang hasil gerakan solo penyerang Syahmi Zamri pada minit ke-67.

Disaat penyokong Terengganu hampir bersorak keriangan untuk membawa pulang 3 mata berharga, Penang tampil diberikan sepakan penalti pada saat akhir permainan.

Advertisements

Rafael Victor tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat pasukan Terengganu dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Penang dan Terengganu sekadar meraih keputusan seri 1-1 dan kini Terengganu kekal ditangga ke-6 manakala Penang pula ditangga ke-10 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram