Liga Super: JDT Berpesta Gol Benam Sabah
Liga Super
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan dalam aksi minggu perlawanan ke-6 Liga Super 2023 selepas berjaya membenam Sabah 4-0.

Kemenangan ini juga memberikan JDT mata maksimum sebanyak 18 mata selepas memenangi kesemua 6 perlawanan awal liga.

JDT membuka pintu jaringan pada minit ke-20 menerusi satu serangan balas disudahkan cantik Arif Aiman yang berjaya memperdaya beberapa pertahanan Sabah.

Advertisements

JDT menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-39 menerusi sepakan deras kaki kiri Juan Muniz.

Bersambung babak ke-2, kedua-dua pasukan mempertingkat asakan dan perlawanan menjadi semakin tegang namun JDT sekali lagi menggandakan jaringan menerusi sepakan cantik Syahmi Safari pada minit ke-81.

JDT melengkapkan pesta gol terhadap Sabah dengan jaringan ke-4 pada minit ke-89 hasil jaringan Fernando Forestieri selepas menerima hantaran Corbin-ong.

Advertisements

Perlawanan berakhir dengan JDT menang selesa 4-0 terhadap Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

JDT bakal bertandang ke Perak pada 4 April ini manakala Sabah ke Kuala Lumpur untuk aksi Liga Super minggu ke-7.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram