Liga Super: JDT Jinakkan Perak 5-0
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Perak menentang gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh menyaksikan skuad kendalian Lim Teong Kim terpaksa akur apabila tewas dilaman sendiri.

Seawal minit kelima permainan, JDT mendahului perlawanan apabila kesilapan dilakukan benteng pertahanan Perak, Hasnul Zaim yang tertampan masuk bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang terpaan daripada pemain tengah JDT, Afiq Fazail.

JDT terus garang mendominasi permainan sehingga memaksa pertahanan Perak sekali lagi membuat kesilapan. Pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat JDT setelah Leandro Velazquez dijatuhkan. Leandro mudah menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Perak, Bryan See.

Advertisements

Sebelum babak pertama tamat, Diogo Luis Santo mencatat nama sebagai penjaring. Hantaran lintang daripada Forestieri mudah ditampan masuk Diogo untuk jaringan ketiga JDT. JDT mendahului Perak, 3-0.

Aksi separuh masa kedua bermula dengan kedua-dua pasukan saling menyerang. JDT dilihat terus ghairah untuk mencari jaringan tambahan di laman lawan.

Advertisements

Kemasukan penyerang berbisa, Bergson Da Silva terus memberi impak segera buat JDT apabila pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan gol keempat perlawanan. Percaturan pengendali JDT, Esteban Solari dengan membawa masuk beberapa fresh leg memberi tonik tambahan buat pasukan.

Sebelum wisel penamat dibunyikan, Leandro Velazquez sekali lagi meledak. Sepakan percuma yang diambil Leandro cantik meluru masuk ke gawang tuan rumah. Perak terpaksa akur apabila dijinakkan JDT, 5-0.

Advertisements

Kemenangan malam ini menjadikan kemenangan ketujuh berjaya dicatat JDT sementara Perak mencatat kekalahan keempat dalam saingan liga musim ini. Aksi seterusnya menyaksikan JDT bakal berdepan pasukan Kedah pada 9 April dan Perak menentang KL City pada 10 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram