Liga Super: JDT Lebarkan Rentetan Kemenangan Tewaskan Kelantan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super ke-4 melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan FC menyaksikan JDT mudah untuk mengutip 3 mata.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh gol pembukaan seawal minit ke-2 apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Diogo Luis Santo yang melakukan tindakan susulan.

Tidak terhenti di situ, Harimau Selatan memperoleh gol kedua pada minit ke-26 apabila hantaran kepada Diogo didada dengan baik sebelum Endrick Dos Santos melepaskan rembatan kencang melepasi Nik Amin.

Advertisements

Fernando Forestieri mengubat kekecewaan gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila meledak gol ketiga pasukan.

Bersambung babak kedua, JDT tidak mengendurkan asakan apabila tampil garang dan memperoleh gol keempat menerusi Juan Muniz sebelum penalti Arif Aiman melengkapkan hari gemilang anak didik Tano Solari.

Advertisements

The Red Warriors memperoleh gol saguhati apabila tindakan Ahmad Syihan Hazmi yang cuba menghalang gerakan Ismaheel Akinade mengundang padah apabila memberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leonardo Rolon.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan JDT kekal tanpa kalah dalam 4 perlawanan awal dan akan bertemu Selangor bagi aksi berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram