Liga Super: JDT Mudah Baham Sri Pahang Di Darul Makmur
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk meneruskan momentum kemenangan dalam saingan domestik apabila menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan namun penguasaan bola lebih memihak kepada JDT.

JDT tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan apabila pada minit ke-5 perlawanan Heberty Fernandes berjaya meledak gol menarik dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan Zarif Irfan di gawang Sri Pahang.

Advertisements

Ketinggalan satu gol, Sri Pahang cuba bangkit dengan beberapa gerak serangan diatur menggunakan dua penyerang import mereka Kpah Sherman dan Rafael Silva namun benteng JDT kukuh bertahan.

Pada minit ke-41, Bergson telah menambah derita Sri Pahang dengan gol kedua selepas penyerang dari Brazil itu menyempurnakan hantaran daripada Afiq Fazail.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Advertisements

Bersambung di babak kedua, JDT meneruskan penguasaan bola dengan variasi hantaran tepat yang sukar dipintas pemain Sri Pahang.

Barisan serangan Sri Pahang dilihat gagal menembusi benteng JDT yang diketuai Jordi Amat. Beberapa kali serangan Sri Pahang mudah dipatahkan.

JDT hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-77 melalui Diogo Luis Santo namun rembatan jarak jauh beliau sedikit tersasar.

Advertisements

Beberapa serangan telah dilancarkan namun tiada tambahan jaringan dan kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

JDT mengekalkan rekod tanpa kalah dan jauh berada di puncak liga dengan mengumpul 73 mata dibezakan 15 mata dengan naib juara, Selangor FC.

Sri Pahang pula berada di tangga ke-5 dengan mengumpul 44 mata daripada 25 perlawanan. Kedudukan kelima tersebut sah menjadi milik mereka musim ini selepas jurang agak besar untuk mereka mengejar Sabah FC di tangga keempat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram