Liga Super: JDT Tiada Masalah Tewaskan Penang Kali Kedua
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perlawanan Liga Super minggu ke-13 menyaksikan pertembungan diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC yang berkesudahan dengan jaringan 2-0.  

Permainan bermula rancak apabila kedua-buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. 

JDT tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi bek kiri, Corbin Ong dengan sepakan ‘half-volley’ menerjah ke gawang gol pada minit ke-18 permainan.

Separuh masa kekal dengan keputusan 1-0, menurut statistik permainan pasukan JDT lebih menguasai berbanding pasukan Penang.

Aksi separuh masa kedua pasukan JDT berjaya menambah jaringan pada minit ke-84 permainan menerusi pemain import, Fernando Foresteiri. 

Ini merupakan kekalahan kali kedua buat Penang ke atas JDT selepas tewas pada aksi suku akhir Piala FA tempoh hari. 

Pasukan JDT terus gah berada ditangga teratas liga selepas menang kesemua 13 perlawanan dengan 39 mata manakala Penang jatuh ke tangga ke-10 dengan hanya mengumpul mata 14 mata.

Selepas ini, JDT akan bertemu Terengganu sementara Penang akan menentang pasukan Negeri Sembilan bagi perlawanan liga super minggu seterusnya.