Liga Super: Johor Darul Ta’zim Kukuhkan Cengkaman, Perak Terkulai Tidak Melawan
Liga Super
Advertisements

Pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada liga apabila mencatat kemenangan ke-12 pada musim ini apabila berjaya menghentikan cabaran perak menerusi kemenangan selesa 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

JDT tidak melengahkan masa apabila terus bermula garang seawal minit kedua apabila lorongan awal mencari Bergson Da Silva tidak berjaya disekat namun percubaannya ke bahagian kiri pintu gol Azri Ghani namun sedikit tersasar.

Percubaan demi percubaan dilancarkan ke arah gawang Perak namun digagalkan oleh pasukan pelawat yang bermain sedikit bertahan. Namun kealpaan benteng pertahanan Perak dihukum apabila hantaran kurang kemas Azri Abd Ghani berjaya dirampas oleh Gonzalo Cabrerra lalu berjaya disudahkan dengan mudah oleh Bergson pada minit ke-19.

Advertisements

Perak juga sesekali mengatur gerakan ke arah kubu yang dikawal rapi oleh penjaga gol negara, Farizal Marlias namun tiada percubaan berbahaya dilancarkan ke atas pemain berusia 35 tahun itu menyebabkan tugasnya amat mudah pada separuh masa pertama disebabkan perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, JDT terus dilihat mendominasi perlawanan apabila trio pemain tengahnya yang diketuai oleh Safiq Rahim, Natxo Insa dan juga Afiq Fazail dilihat terus rancak mengatur gerak untuk menambah jaringan. Hasilnya, Bergson menjaringkan gol kedua sewal dua minit babak kedua bersambung menewaskan penjaga gol pasukan Perak FC.

Pertukaran 3 pemain oleh pasukan Perak nyata memberi nafas baru buat pasukan The Bos Gaurus itu apabila gerakan-gerakan lincah di bahagian tengah padang berjaya membuat pertahanan JDT sedikit kelam-kabut.

Advertisements

Namun begitu, ia tidak sedikit pun menjejaskan rentak pasukan kendalian Benjamin Mora itu tatkala hantaran jarak jauh Afiq Fazail didada dengan baik oleh Bergson lalu disudahkan dengan penuh bergaya oleh penyerang import kelahiran Brazil itu.

Gonzalo Cabrerra menambah cerita indah malam gemilang JDT dengan menghukum kecuaian benteng pertahanan pasukan Perak FC yang gagal mengeluarkan bola dengan baik untuk gol keempat pasukan.

Tidak lama kemudian, Cabrerra sekali lagi menambah tangisan pasukan Perak apabila menjaringkan penalti menewaskan Azri Ghani untuk melengkapkan malam gemilang JDT selaku tuan rumah.

Advertisements

Kemenangan ini terus mengukuhkan cengkaman JDT di tangga teratas liga tatkala pasukan Terengganu terus ketinggalan 9 mata namun mempunyai 1 perlawanan di dalam tangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram