Liga Super: Kad Merah Ong Kim Swee Hiasi Keputusan Seri Sri Pahang dan Sabah
Liga Super
Official Sri Pahang
Advertisements

Sri Pahang dan Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super musim ini setelah kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Darulmakmur.

Satu mata yang diraih menyaksikan Sri Pahang melonjak ke tangga keempat dengan enam mata, mengatasi Kedah menerusi beza jaringan manakala Sabah pula kekal menghuni tangga kedua liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan.

Dalam aksi di hadapan lebih 10,000 penyokong itu, pasukan pelawat kendalian Dato’ Ong Kim Swee berada di depan pada minit ke-13 menerusi tandukan cantik Daniel Ting yang menewaskan Izham Tarmizi, setelah menerima hantaran Kwang Min Ko.

Advertisements

Sabah berpeluang menambah jaringan 10 minit kemudian, tetapi percubaan dari dalam kotak penalti Park Taesu terkena tiang.

Minit ke-25, Kpah Sherman menceriakan penyokong tuan rumah apabila menyamakan kedudukan dengan menyudahkan hantaran Baqiuddin Samsudin.

Advertisements

Tidak banyak peluang dicipta selepas itu dan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah bermula dengan agresif dan mencipta dua peluang keemasan dalam tempoh empat minit permainan bersambung menerusi Kwang Min Ko dan Jafri Firdaus Chew, namun kedua-duanya sedikit tersasar.

Advertisements

Kem Sabah kemudiannya menerima tamparan apabila Ong Kim Swee dilayangkan kad merah pada minit ke-67 kerana membantah keputusan pengadil.

Lima minit selepas itu, Izham Tarmizi menyelamatkan gawang Sri Pahang daripada dibolosi apabila melayangkan badan menyelamatkan rembatan dari luar kotak penalti oleh Jailton Lorenco da Silva.

Advertisements

Penjaga gol Sabah, Damien Lim turut tidak ketinggalan mencuri perhatian apabila cemerlang menyelamatkan tandukan Nor Azam Azih pada minit ke-76.

Di sebalik mencipta beberapa lagi peluang dan momen berbahaya, tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan kedua-dua pasukan sekaligus kedudukan seri kekal ke wisel penamat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram