Liga Super: Kedah Belasah Kelantan Di Darul Aman
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan Kedah Darul Aman membelasah Kelantan di laman sendiri dengan keputusan 5-0. 

Aksi bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. 

Advertisements

Kedah membuka tirai haringan menerusi tindakan bijak daripada ketua pasukan, Manuel Ott yang melepaskan rembatan deras ke sebelah kiri gawang gol dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol kelantan, Nik Amin.

Pada minit ke-27 permainan, pemain sayap Kedah, Lee Tuck menjaringkan gol kedua buat Kedah apabila berjaya menyempurnakan hantaran kemas daripada pemain import, Manuel Hidalgo.

Advertisements

Seawal minit pertama separuh masa kedua bermula, pemain sayap lincah Kedah, Manuel Hidalgo menggandakan gol ketiga buat Kedah apabila rembatan leret ke arah gawang gol berjaya dihasilkan dengan sempurna selepas menerima hantaran kemas daripada Willian Lira.

Advertisements

Pada minit ke-60, penyerang berbisa Kedah, Willian Lira dengan tenang menjaringkan gol keempat selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti.

Pemain gantian Kedah, Balotelli terus menghukum Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kelima buat Kedah pada minit ke-89 permainan.

Advertisements

Empat masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan. Kedah 5-0 Kelantan.

Selepas ini, Kedah bakal bertemu Selangor dalam misi mendaki teratas manakala Kelantan akan bertemu PDRM FC bagi meneruskan misi akhiri kemarau kemenangan.

Advertisements

News Comments Account