Liga Super: Terikat Di Tempat Lawan, Kedah Dan Sri Pahang Berkongsi Mata
Liga Super
Twitter: @kda_fc
Advertisements

Aksi tertunda Liga Super Malaysia minggu ke-17 hari ini berlangsung di Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan diantara pasukan Sri Pahang FC menentang Kedah FC.

Minit-minit awal permainan memperlihatkan Sri Pahang FC lebih selesa dalam mengawal dan mengatur serangan. Corak permainan yang dipamerkan skuad tuan rumah beberapa kali berjaya mengegar kubu pelawat. Walau bagaimanapun, barisan pertahanan Kedah FC tidak memberi laluan mudah buat Sri Pahang FC mencipta jaringan.

Kedah FC berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ke-11 permainan menerusi pemain tengah mereka iaitu Amirul Hisyam. Rembatan dari luar kotak penalti Amirul sempurna menewaskan penjaga gol Sri Pahang FC, Daniel Wafiuddin.

Advertisements

Kebangkitan yang dipamerkan Sri Pahang FC dalam mencari gol penyamaan jelas terpancar menerusi beberapa percubaan yang dilakukan. Namun ‘placing’ cantik Herold Goulan pada minit ke-14 dan rembatan Hildalgo pada minit ke-18 permainan tidak cukup untuk menewaskan Ifwat Akmal.

Serangan demi serangan yang direncana skuad Tok Gajah akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran cantik Hidalgo berjaya disempurkan Kenny Athiu pada minit ke-29 permainan.

Dua minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak menghasilkan jaringan tambahan buat kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama tamat dengan Sri Pahang FC 1-1 Kedah FC.

Advertisements

Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran penjaga gol Kedah FC, Ifwat Akmal yang cedera digantikan dengan Shahril Sa’ari.

Babak kedua permainan dilihat agak seimbang buat kedua-dua pasukan. Skuad kendalian Aidil Shahrin tampak lebih memperkemas corak permainan apabila beberapa serangan Sri Pahang FC berjaya dipatahkan.

Kemasukan Malik Mat Arif memberi sedikit impak positif buat Sri Pahang FC apabila gerakan individunya memperdayakan dua pemain Kedah seterusnya berjaya mendapatkan sepakan percuma. Namun sayangnya sepakan percuma Hidalgo pada minit ke-61 itu melambung tinggi dan tersasar.

Advertisements

Pemain yang baru dimasukkan, Syazwan Zainon berjaya menghadiahkan jaringan buat Kedah FC dan meletakkan pasukan pelawat mendahului dihadapan. Jaringan cantik Syazwan pada minit ke-67, melengkapkan gol kedua peribadi miliknya dalam saingan liga musim ini.

Peluang terbaik Sri Pahang FC hadir pada minit ke-72 permainan namun gagal dimanfaatkan Kenny Athiu. Teknik ‘half-turning’ yang kurang menjadi menyebabkan bola yang disepak Athiu melewati palang gol.

Pada minit ke-87 permainan, Athiu sekali lagi menjadi wira pasukan Sri Pahang FC apabila tandukannya menewaskan penjaga gol Kedah FC, Shahril Sa’ari.

Advertisements

Gol Athiu tersebut berjaya mengikat kedudukan hingga tamat permainan. Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Sri Pahang FC 2-2 Kedah FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram