Liga Super: Kedah Darul Aman 3-0 Perak FC
Liga Super
Kedah Darul Aman
Advertisements

Aksi Liga Super LS14 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Perak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat kemenangan bergaya menewaskan Perak, 3-0.

Babak separuh masa pertama berakhir dengan Kedah mendahului 1-0 dihadapan. Jaringan pemain import KDA FC, Amirbek Juraboev pada minit ke-26 permainan memastikan Kedah mendahului babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua permainan, Kedah meneruskan rentak cemerlang mendominasi perlawanan.

Advertisements

Pada minit ke-63 permainan, Amirbek Juraboev sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring. Hantaran cantik kapten pasukan Kedah, Lee Tuck ditanduk baik Amirbek sekaligus gagal diselamatkan penjaga gol Perak, Shaheeswaran Thavakumar.

Penyerang import Sang Kenari, Willian Lira meletakkan Kedah terus selesa mendahului perlawanan. Pada minit ke-67 permainan, Lira meledak gol ketiga buat Kedah sekaligus memastikan malam gemilang buat Kedah di Darul Aman.

Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, perlawanan tamat Kedah Darul Aman 3-0 Perak.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan anak buah kendalian Nafuzi Zain bakal berdepan Terengganu pada 3 Julai sementara Perak bakal melayan kunjungan Sang Saka Biru pada 23 Jun di Stadium Ipoh, Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram