Liga Super: Kedah Darul Aman Menang Bergaya Belasah PJ City
Liga Super
Twitter @MFL_MY
Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ ini merupakan perlawanan tertunda yang ketiga buat pasukan Kedah Darul Aman FC yang beraksi sebagai pasukan pelawat  dan PJ City selaku tuan rumah pastinya mahu bangkit dari kekalahan kepada pendahulu liga Johor Darul Ta’zim pada Sabtu lepas.

Kepulangan semula kapten pauskan Kedah, Baddrol Bakhtiar semestinya sangat diperlukan bagi merencanakan serangan dari bahagian tengah. Manakala Khyril Muhymeen sekali lagi disandarkan harapan bagi merobek gawang Kedah yang dijaga Ifwat Akmal.

Perlawanan dimulakan oleh pasukan Kedah yang menyarung jersi Merah Hijau.  Namun belum sempat PJ City mengatur langkah, Kedah yang ingin mencari gol awal berjaya mendahului perlawanan seawal minit ke-4. Ianya melalui sepakan percuma yang diambil oleh Rabih Ataya. Ataya yang mengambil sepakan itu melakukan rembatan yang sangat deras yang sama sekali menewaskan Syihan Hazmi di gawang gol PJ City.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan itu, PJ City cuba mengatur serangan dan meningkatkan tempo permainan dalam usaha mereka mencari gol penyamaan namun pergerakan mereka tersekat dek kecemerlangan barisan pemain Kedah.

Pada minit ke-18, Kedah hampir menjarakkan kedudukan melalui ‘set-piece’ tendangan sudut yang diambil Rabih Ataya. Namun terpaan Kpah Sherman di hadapan gol hanya melambung tinggi. Selang 4 minit kemudian rembatan Fadzrul Danel pula tepat kepada penjaga gol selepas gerakan menarik yang dilakukan Ataya.

K.Kannan hampir mendapatkan gol penyamaan buat PJ City pada minit ke-26 namun rembatan jarak jauh beliau tersasar ke kanan gawang gol.

Advertisements

Perlawanan sedikit tegang dengan insiden yang melibatkan Kpah Sherman dan pemain PJ City, Ahmad Sukri. Pengadil bertindak melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain tersebut.

Ketika separuh masa pertama hampir ditamatkan, Kedah berjaya menambah duka PJ City dengan gol kedua. Kpah Sherman yang menerima hantaran dari Tchetche Kipre berebut bola di udara bersama K.Prabakaran yang menyebabkan Prabakaran tertanduk bola masuk ke gawang gol sendiri.

Separuh masa pertama tamat dengan pasukan pelawat, Kedah mendahului PJ City 2-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, PJ City kelihatan lebih bertenaga dalam mengatur gerakan dan melakukan tekanan yang pantas kepada pemain. Pemain Kedah pula kelihatan memperlahankan tempo permainan

Ketika PJ City rancak mengatur serangan, satu serangan balas Kedah pada minit ke-56 akhirnya berjaya menghasilkan gol ketiga. Keserasian Kipre-Kpah sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila Kipre yang menerima bola dari Ataya, berjaya melorongkan bola kepada Kpah yang melepasi perangkap ofsaid. Kpah berjaya menewaskan beberapa pertahanan sebelum merembat leret yang mudah menewaskan penjaga gol PJ City, Syihan Hazmi.

Hasil serangan bertali arus PJ City, mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61. Satu serangan balas melalui Prabakaran yang berlari pantas di bahagian kiri berjaya membuat satu hantaran lintang yang berjaya menemui Khyril Muhymeen di kotak penalti. Khyril yang lepas dari kawalan Loqman Hakim berjaya menyudahkan peluang terhidang untuk merapatkan jurang kepada 1-3.

Advertisements

PJ City menerima satu tamparan hebat apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-70  selepas Raffi Nagoorgani dilayangkan kad kuning kedua akibat kekasaran ke atas Kpah Sherman yang berpotensi menjaringkan gol buat Kedah ketika itu.

Walaupun beraksi 10 pemain selama lebih kurang 20 minit, PJ City tetap meneruskan rentak serangan bagi mencari gol dan Kedah pula lebih banyak bertahan dan kadang kala melakukan serangan merbahaya melalui Fayadh Zulkifli yang baru dimasukkan.

Fayadh akhirnya berjaya meledak gol ke-4 pasukan Kedah pada masa kecederaan selepas rembatannya terbias pertahanan lalu menewaskan penjaga gol untuk kedudukan 4-1.

Wisel penamat ditiupkan sejurus gol Fayadh itu dan Kedah berjaya mencuri 3 mata penuh selepas menewaskan PJ City 4-1. Kedah melonjak ke tangga ke-3 dan PJ City kekal di tangga ke-8 liga selepas mengharungi 19 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram