Liga Super: Kedah Darul Aman Berjaya Benam Cabaran Sengit Perak FC
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Kedah Darul Aman FC dan Perak FC berakhir dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah, Kedah.

Kedah bertukar-tukar hantaran seawal minit pertama disamping mengawal perlawanan manakala Perak FC sekali sekala melakukan serangan balas.

Kedah berpeluang mendahului seawal mnit ke-4 namun rembatan Kpah Sherman sedikit tersasar. Perak dilihat sangat positif pada 10 minit pertama menerusi variasi serangan terutamanya melalui Adib Raop di sayap kiri namun berjaya dipatahkan pertahanan Kedah.

Advertisements

Perak berpeluang menjaringkan gol pada minit ke -13, namun gerakan menarik dari Syahir Bashah gagal disudahkan Nana Poku yang merembat liar. Perlawanan selepas itu semakin rancak dengan serangan dari kedua-dua pasukan.

Kedah akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke- 19 selepas Kpah Sherman melakukan tandukan mudah hasil hantaran dari rakan serangan beliau Thetche Kipre. Walaupun gol itu dibantah segelintir pemain Perak yang melihat seperti ada kekasaran kepada penjaga gol Perak, Azri Ghani , namun gol itu tetap dikira untuk Kedah mendahului Perak 1-0.

Selang 3 minit iaitu pada minit ke-22, Kedah dihadiahkan sepakan penalti selepas Azri Ghani melakukan kekasaran terhadap Kpah Sherman. Namun Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan penalti tesebut gagal menyempurnakannya selepas sepakannya hanya menggegar tiang.

Advertisements

Kedah terus menerus melakukan asakan terutamanya melalui Rabih Ataya yang kelihatan lincah di sayap kanan. Perak pula dilihat semakin kehilangan fokus dek kerana kawalan bola yang baik dari Kedah melalui siri hantaran yang tepat.

Berbaki 10 minit sebelum separuh masa pertama ditamatkan, serangan Perak FC semakin merbahaya dengan Izzuddin Roslan hampir mengejutkan Ifwat di gawnag gol namun rembatas deras beliau sedikit tinggi.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan semasa, Kedah mendahului Perak 1-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Perak FC dilihat sangat agresif menyerang untuk mencari gol penyamaan. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-50. Larian solo Nana Poku berjaya menewaskan beberapa pertahanan dan melakukan satu rembatan deras namun Ifwat berada pada kedudukan untuk menafikan rembatan tersebut.

Pasukan Kedah hampir menambah jaringan pada minit ke-66 apabila gerakan pemain gantian, Faizat Ghazali di sayap kanan berjaya mencari Rizal yang membuat satu ‘overlapping’ . Rizal yang merembat deras berjaya menewaskan Azri Ghani di gawang Perak namun gol itu tidak dikira kerana ofsaid. Keputusan pengadil yang tidak membenarkan gol itu sedikit kontroversi kerana Rizal dilihat berada selari dengan pertahanan terakhir Perak ketika itu, Idris Ahmad.

10 minit sebelum perlawanan ditamatkan, Perak terus melakukan serangan bertali arus tatkala pemain Kedah seakan sudah keletihan. Kemasukan Fayadh Zulkifli dan Faizat Ghazali kerap kali dilihat dapat menambah kelajuan serangan pasukan Kedah di bahagian sayap namun pertahanan Perak cemerlang mematahkan gerakan mereka.

Advertisements

Kedua-dua pasukan buntu untuk mendapatkan gol walaupun Perak melancarkan serangan tanpa henti pada penghujung perlawanan. Perlawanan ditamatkan dengan Kedah berjaya menewaskan Perak 1-0.

Kemenangan ini membolehkan pasukan Kedah memanjat carta liga ke kedudukan ke-2 memintas Terengganu FC buat sementara waktu dan pasukan Perak terus berada di tangga ke-11 dari 12 pasukan yang bertanding.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram