Liga Super: Terengganu Layak Ke Piala AFC, Tewaskan Kedah Di Darul Aman
Dunia
Unifi
Advertisements

Hasrat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk bangkit semula selepas tewas empat perlawanan berturut-turut tidak kesampaian apabila ditewaskan Terengganu FC dengan keputusan 1-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Aidil Sharin membuat kejutan dalam kesebelasan utama Kedah apabila meletakkan penjaring terbanyak pasukan, Ronald Ngah Wanja di bangku simpanan. Manakala Nafuzi menurunkan kesebelasan terbaik buat pasukan Terengganu.

Perlawanan dimulakan dengan Terengganu tidak perlu menunggu lama untuk berada dihadapan apabila Faisal Halim meledak gol pendahuluan buat Terengganu seawal minit ke-4 perlawanan hasil rembatan yang mengelirukan Ilham Amirullah di gawang Kedah.

Advertisements

Selepas terhasil gol tersebut, Terengganu meneruskan asakan dengan Kedah dilihat masih tercari-cari rentak permainan.

Hasil serangan bertali arus, Terengganu menambah duka Kedah dengan gol kedua pada minit ke-16 melalui Tchetche Kipre yang menyudahkan umpanan menarik dari Manuel Ott. Gol tersebut merupakan gol ke-12 Kipre dalam saingan Liga Super.

Ketinggalan dua gol, Kedah menggandakan asakan namu ketiadaan penyerang membataskan pergerakan di bahagian hadapan.

Advertisements

Kedah mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-23 melalui Sanrawat Dechmitr. Namun rembatan jarak jauh pemain import dari Thailand itu sedikit tersasar.

Kedudukan 2-0 kekal memihak kepada Terengganu sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Terengganu dilihat meneruskan momentum serangan ke kubu Kedah manakala Kedah pula masih gagal untuk memberi ancaman kepada Terengganu.

Advertisements

Tchetche Kipre akhirnya berjaya menggandakan kedudukan menjadi 3-0 selepas berjaya meledak pada minit ke-74. Gol tersebut terhasil daripada satu serangan balas dari Petrus Shitembi dan dibantu oleh umpanan menarik dari Faiz Nasir.

Tersentak dengan gol itu, Kedah menggandakan asakan dalam usaha mereka merapatkan jurang. Mahmoud Al-Mardi mempunyai peluang keemasan pada minit ke-80 namun tandukan pemain Jordan itu sedikit tersasar.

Kedah akhirnya berjaya mendapatkan gol saguhati melalui Dechi Marcel pada minit ke-88 selepas pemain itu menyudahkan umpanan dari Mahmoud Al-Mardi.

Advertisements

Kedah semakin garang memburu jaringan seterusnya dengan beberapa gerak serangan cuba diatur. Namun segalanya sudah terlambat untuk menidakkan kemenangan Terengganu.

Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga tamat permainan sekaligus menobatkan Terengganu sebagai naib juara Liga Super manakala Kedah terpaksa berpuas hati untuk menamatkan liga di tangga ke-8 keseluruhan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram