Liga Super: Kekentalan Pertahanan Penang Nafikan Kemenangan Terengganu
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Penang dan Terengganu. 

Penang dibawah kendalian Akmal Rizal Rakhli memberi kepercayaan kepada Sikh Izhan Nazrel untuk mengemudi benteng terakhir pasukan sementara Tomislav Steinbruckner menurunkan Syed Nasrulhaq sebagai penjaga gawang.

Babak separuh masa pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mendominasi perlawanan. Beberapa serangan yang diatur pasukan Terengganu lebih banyak bermula dari sayap kiri menerusi Akhyar Rashid. 

Advertisements

Terengganu juga berjaya menggegar jaring pasukan Penang menerusi Manuel Ott, namun jaringan itu dibatalkan kerana dikesan berada dalam kedudukan offside.

Biarpun Terengganu banyak melakukan serangan, disiplin pemain pertahanan Penang yang diketuai Rafael Vitor telah mengekang gawang pasukan tuan rumah dari dibolosi. Ketangkasan Sikh Izhan Nazrel turut mengagalkan beberapa percubaan pasukan Terengganu.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung aksi di babak kedua, Akmal Rizal mula membawa masuk pemain gantian seperti Rahmat Makasuf bagi memperkuat pasukan. 

Advertisements

Terengganu dibawah kendalian Tomislav Steinbruckner turut membuat beberapa pertukaran pemain yang beraksi di posisi menyerang sambil terus mengekalkan empat benteng pertahanan Skuad Peteh.

Pada minit ke-66 permainan, Shahrul Nizam telah melepaskan satu percubaan deras dari jarak jauh namun rembatan beliau hanya sekadar melewati palang gol.

Advertisements

Penang akhirnya mendapat jaringan menerusi Nabil Latpi. Gol itu bagaimanapun sekali lagi dibatalkan pengadil kerana Nabil dikesan mengasari penjaga gol Terengganu.

Penang dilihat lebih banyak mengatur serangan berbanding Terengganu sebaik sahaja beberapa pemain utama Terengganu seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade dibawa keluar.

Sebelum aksi tamat, Alif Ikmal Rizal mendapat peluang keemasan apabila beliau berjaya melepaskan satu tandukan. Namun ketangkasan penjaga gol Terengganu, Syed Nasrulhaq menggagalkan hasrat Penang untuk meledak

Aksi tamat, Terengganu mengutip satu mata berharga di laman lawan apabila seri dengan keputusan Penang 0-0 Terengganu.

Penang bakal beraksi menentang PDRM di Kelana Jaya pada Sabtu, 25 Mei 2024 sementara Terengganu bakal melayan kunjungan Kelantan Darul Naim pada Jumaat, 24 Mei 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram