Ads
Liga Super
PDRM FC

Kelantan terus bergelut mencari rentak kemenangan di bawah bimbingan Frank Bernhardt. Kali ini, pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu dibelasah PDRM 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini.

Advertisements

Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang untuk mencari gol pembukaan. Tetapi pasukan pelawat yang dibimbing Azzmi Aziz terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Liberia, Marcus Macauley pada minit ke-15.

Advertisements

Tersentak, TRW cuba bangkit mencari gol penyamaan. Malangnya, gerakan serangan mereka yang kurang kemas berjaya dipatahkan barisan pertahanan The Cops diketuai orang besi mereka, James Okwuosa.

Advertisements

Advertisements

Sebaliknya, Sang Saka Biru menambah derita tuan rumah menerusi gol kedua yang dijaringkan Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-33. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan cuba memperkemas rentak permainan bagi memburu gol. Tetapi malangnya, gawang TRW yang dikawal Nik Mohd Amin Ahmad bolos lagi buat kali ketiga menerusi Uche Agba pada minit ke-65.

Advertisements

Kelantan terus sengsara apabila pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab menganugerahkan sepakan penalti kepada Sang Saka Biru. Ini selepas Kim Min-gyu menjatuhkan pemain PDRM dalam kotak penalti.

Bruno Suzuki tenang menyempurnakan penalti menewaskan Nik Mohd Amin pada minit ke-88 bagi memastikan PDRM pulang dari Kota Bharu dengan tiga mata penuh. Begitupun, TRW meraih gol saguhati menerusi Miguel Cifuentes pada minit ke-93.

Walaupun tewas, Kelantan bernasib baik tidak menamatkan perlawanan ke-12 Liga Super di tangga tercorot. Ini selepas Kelantan United diikat Negeri Sembilan 3-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.

Manakala The Cops pula kekal di tangga ke-10 dengan 13 mata, empat mata di hadapan Perak. Selepas ini, TRW bakal bersemuka dengan Kijang Hijau di Stadium Sultan Muhammad IV pada 2 Jun.

Advertisements

Sementara PDRM pula berkemungkinan terpaksa menggunakan strategi road block untuk perlawanan mereka yang seterusnya. Ini kerana mereka bakal berdepan Selangor di Stadium MBPJ pada 3 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram