Pasukan Pantai Timur, Kelantan FC memulakan aksi dengan langkah kiri apabila tewas kepada Kuching City FC.
Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad IV menyaksikan anak didik Choi Moon Sik turun dengan motivasi terbaik di hadapan ribuan penyokong.
Namun begitu, pasukan pelawat tidak memberi laluan mudah apabila tampil penuh bertenaga untuk menyekat gerakan The Red Warriors.
Bersambung babak kedua, Kelantan terus mencipta peluang demi peluang dah akhirnya, gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba menerusi bekas pemain La Liga, Miguel Cifuentes.
Namun begitu, ia jelas tidak bertahan lama apabila Kuching City memperoleh gol penyamaan menerusi Abdallah Sudi pada minit ke-58.
Keadaan menjadi lebih duka apabila Kuching City berjaya mendahului dalam situasi kelam-kabut lalu Kamara membuat satu tolakan mudah ke dalam gawang gol Kelantan.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Kelantan memulakan aksi pertama dengan langkah kiri.