Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Semu finalis Piala Malaysia 2023, KL City tewas mengejut kepada PDRM dalam satu aksi Liga Super ke-23 dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya itu menyaksikan kepulangan kapten pasukan, Paulo Kosue dan Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

The City Boys memiliki beberapa peluang keemasan pada babak pertama dengan Tchetche Kipre hampir meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

Advertisements

Disiplin dan komitmen pemain PDRM untuk menekan barisan serangan lawan membuatkan anak didik Nenad Bacina kebuntuan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, KL City terus menggandakan usaha untuk mencari gol dengan rentetan peluang disiakan oleh pasukan pelawat.

The Kops melakukan kejutan apabila memanfaatkan kekacauan di bahagian pertahanan lawan sebelum Marcus Macauley meledak gol pertama perlawanan.

PDRM terus melakukan impak luar biasa apabila giliran Uche Agba menyukarkan barisan pertahanan lawan sebelum Fadi Awad melepaskan rembatan kencang untuk gol kedua pasukan pada minit ke-75.

Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputusan perlawanan tidak mengubah keadaan yang kekal memihak kepada tuan rumah.

Kekalahan ini menyaksikan kedua-dua pasuka terikat di tangga ke-7 dan 8 liga dengan 31 mata selepas 23 aksi berlangsung.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram