Advertising
Liga Super: KL City Benam Perak Di Ipoh
Liga Super
MakanBola
Perak Football Club

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan di antara KL City dengan Perak di Stadium Ipoh yang berkesudahan dengan keputusan 4-0.

Kedua-dua pasukan ini berada dalam momentum terbaik apabila berjaya layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia minggu lepas.

Ad

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainanan.

Ad

Pada minit ke-30 permainan, Kipre Tchetche berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan selepas kesilapan mudah yang dibuat oleh Sunday Afolabi.

Separuh masa pertama KL City 1-0 Perak.

Ad

Dua minit bermulanya separuh masa kedua, Sebastian Avanzini mencatat nama sebagai penjaring kedua KL City malam ini, selepas mudah menanduk masuk umpanan sepakan sudut daripada ketua pasukan, Paulo Josue.

Ad

Pada minit ke-56, ketua pasukan KL City, Paulo Josue menggandakan jaringan menerusi tandukan kemas hantaran daripada Kamal Azizi menewaskan penjaga gol Perak.

Ad

Tiga minit sebelum tamat permainan, pemain gantian, Sean Gianelli menghadiahkan gol ke-4 buat KL City.

Perlawanan tamat, KL City 4-0 Perak.