Liga Super: Layangan Kad Merah Tak Jejas Rentak Kelantan Tewaskan Penang
Liga Super
MFL
Advertisements

Kelantan FC menampilkan persembahan yang cukup bertenaga apabila membenam cabaran Penang FC untuk memperoleh kemenangan pertama musim ini.

Beraksi di laman sendiri, anak didik Choi Moon-sik tampil dengan cukup bertenaga di hadapan ribuan penyokong setia pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Asakan bertali-arus akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang pertahanan kanan pasukan, Ghaffar singgah tepat di kepala Ismaheel Akinade yang meledak gol debutnya.

Advertisements

Kelantan seakan terus bersemangat untuk mencari gol kedua dan ia terhasil apabila sekali lagi hantaran lintang Ghaffar tidak dibaca dengan baik lalu memberi ruang kepada Fazrul Amir menewaskan Shafiq Afifi untuk gol kedua.

Bersambung babak kedua, pemain import Kelantan, Miguel Cifuentes berpeluang mencetak jaringan namun rembatannya berjaya dihalang oleh Shafiq sekali lagi.

Kedua-dua pasukan menerima hukuman apabila pertahanan Kelantan, Christian Rontini dan juga pemain Penang, Soony Saad pada babak kedua.

Advertisements

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan mereka memperoleh tiga mata pertama musim ini.

Kelantan akan bertemu JDT bagi aksi berikutnya di Stadium Sultan Ibrahim manakala Penang akan bertemu Kedah bagi aksi Piala FA pusingan pertama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram