Liga Super: Sabah Buat Negeri Sembilan Akur Tewas Di Paroi
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Sabah FC hari ini berlangsung dengan cukup sengit sebelum berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Sabah.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi ini bermula dengan cukup baik apabila kedua pasukan saling bertukar serangan.

Sabah FC dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran pantas yang sering memerangkap barisan pemain tuan rumah.

Advertisements

Peluang terbaik buat anak buah Dato’ Ong Kim Swee hadir apabila sepakan penjuru kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar hampir disudahkan oleh rakan sepasukan namun ia tidaktepat ke arah gawang.

Namun begitu, Negeri Sembilan sesekali mengatur gerak dan percubaan terbaik hadir pada minit ke-24 apabila rembatan Matheus Alves sedikit tersasar.

Bersambung babak kedua, anak didik K. Devan menggandakan usaha untuk menjaringkan gol namun masih tidak dapat menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Kealpaan barisan pertahanan Negeri Sembilan dihukum apabila satu hantaran dari sepakan percuma ditanduk dengan cukup cantik oleh Park Tae-su untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi pada minit ke-62.

Tersentak di situ, pasukan tuan rumah terus melancarkan serangan balas pantas namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan usaha mencari gol agak sukar.

Keputusan ini kekal sehingga minit akhir permainan yang menyaksikan pasukan pelawat memperoleh 3 mata penuh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram