Liga Super: Penalti Kelantan DN Pastikan PDRM Pulang Tangan Kosong
MakanBola
PDRM FC

Hasrat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk mendapatkan kemenangan sulung akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menewaskan PDRM FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan KDN FCmempertaruhkan Valdumar di bahagian serangan sambil Oday Kharoub menjadi jeneral di tengah. Manakala PDRM meletakkan dua penyerang iaitu Bruno Suzuki dan Ifedayo Olusegun.

Ad
Advertisement

Perlawanan bermula dengan agak perlahan dan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati memandangkan padang yang sedikit licin. Tempo perlahan itu berlanjutan untuk 25 minit pertama.

Ad

Pada minit ke-28, KDN FC dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan PDRM, Aliff Najmi melakukan kekasaran ke atas Michal Jerabek. Oday Kharoub yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya.

Advertisement

Ketinggalan satu jaringan, PDRM meningkatkan tempo permainan dengan kawalan bola dan hantaran yang tepat.

Biarpun terdapat beberapa gerakan merbahaya namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Ad
Advertisement

Bersambung babak kedua, PDRM meneruskan usaha untuk mendapatkan jaringan penyamaan dengan lebih mengawal permainan berbanding tuan rumah.

Ad

Keadaan tersebut memaksa KDN FC lebih fokus untuk bertahan dan menutup segala peluang buat PDRM.

Advertisement

Ketika PDRM sedang rancak menyerang, tuan rumah hampir menambah jaringan pada minit ke-77 melalui percubaan Valdumar namun tandukannya itu sedikit tinggi melepasi palang gol.

PDRM meneruskan asakan sehingga ke penghujung perlawanan namun tiada tambahan jaringan terhasil sekali gus menghadiahkan kemenangan sulung buat KDN FC.

Advertisement

Untuk aksi seterusnya, KDN FC akan bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 12 Julai manakala PDRM pula bakal berdepan Kuching City pada tarikh yang sama.

Advertisement

Advertisement